Saturday, January 4, 2014

Waktu Semakin Pantas...Umur Semakin Berkurang...

Assalamualaikum wbt... Tahun 2014 baru sahaja menjelang... Beraneka ragam manusia dalam meraikannya... Ada yang mengisikan waktu itu dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri... Ada yang mengisikan waktu itu dengan perkara yang lagha ( sia -sia )... Ada yang mengisikan waktu itu dengan perkara yang haram... Agaknya mungkin hadith ini dapat mengingatkan manusia tentang kehidupan.. Pesanan daripada Baginda Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam ; نعمتان مغبون فيهما کثير من الناس الصحة والفراغ Bermaksud : "Dua macam nikmat yang seringkali ramai manusia terpedaya dengan keduanya iaitu nikmat sihat dan nikmat lapang ". ( riwayat Imam Bukhari ) Sempena dengan kedatangan Tahun 2014 ini juga maka blog ini insya Allah akan berwajah baru demi untuk membetulkan semula pemahaman umat Islam berdasarkan fatwa-fatwa Ulama Muktabar tanpa ta'assub kepada mana-mana mazhab di dalam meraikan pendapat-pendapat mazhab Islam. Mudah mudahan kehidupan kita semakin diberkati Allah swt. Wallahu A'lam.